Thursday, 9 July 2009

Ffynonbedr Sports Day

Alia biasa suka sukan2 nie. Biasanya suka je nak join org2 dh besar dlm sukaneka warga.
Mula2 mama bagitau ada sports day kat school, bukan main seronok lg.
Tp bila dh sampai school, tiba2 asyik nk berkepit pulak kat mama dia.
Agaknya sebab ramai sgt org waktu tue.
Cikgu lepas semua sekali berkumpul di padang & parents lagi.
Cikgu2 panggil duduk sekali pun tak nak.
Lepas cikgu pujuk2, nak juga dia masuk satu acara.
Satu pun jadi laaa.
Yg penting dia ada experience.
Anyway, sikit gambar kenangan Alia waktu tue.
Tak ambil gmbr byk, mat saleh nie dia tak suka org ambil gmbr anak2 dia tanpa kebenaran.
Takut org guna utk wrong purpose.
Even pihak sekolah pun keluarkan surat untuk minta kebenaran gunakan gambar2 anak kita dlm any publications.

tunggu turn & arahan

mrs jenkins tgh cakap apetah...

mana dia???


haaa...dh muncul...

tak menang pun takpe...yg penting dpt pupuk keyakinan dia...


Semalam jumpa Mrs Jenkins kat school tnya ttg penempatan Alia lepas balik semula ke UK. Alhamdulillah Mrs Jenkins nak tlg retain tempt Alia. Risau jugak sbb nie la satu2 English medium school kat sini. Yg lain2 sume Welsh medium. OK...taaa....

Wednesday, 8 July 2009

Tayar Honda Shuttle milik Kak Safinar & the geng baru je bergolek untuk menuju semula ke Glasgow. I had my best ever 10 mins to enjoy my yummilicious nasi lemak sambil menghenyakkan punggung di atas sofa lama yg masih empuk. Pheww...alhamdulillah, 10 mins rehat pun memadai kalo time bz2 begini.

Semalam rasa exhausted sgt. Rasa macam tayar pancit je. Dapat je tilam dan batal, terus hanyut sampailah ke Subuh. Hmm...mana taknya, lepas je Subuh semalam mengerjakan serunding daging yang baru first time nak try buat. Nasib baik menjadi, tak sia2 lah masa yang terbuang berjam2 menyiat2 daging tue halus-halus dan menggodeh rendang hingga betul2 kering. Sebab tue la kot kalo beli serunding daging kat Pasar Siti Khadijah tue payah nak tawar2...hiks! rumit membuatnye...

Semalam juga hari terakhir kerja sblm cuti 3 bulan. Yeehaaa...rasa syiok sgt nak cuti. Tapi waktu say goodbye kat Geraint smlm, bila dia tanya seronok ke nak balik Malaysia, tetiba rasa mcm tak tau nak jawab apa...heheh...ntah apetah. Takkan nak cakap tak seronok sbb nnti tak bleh nk tgk muka dia hari2...kang dia perasan plak. Tapi seronok gak...cuti balik Mesia nak rehat sungguh2...masak pun M.A.L.A.S lah...sila jgn sesiapa suruh sy masak OK? Nak makan kedai tiap2 hari...bleh papa? (blink...blink...)

Ohhh...nak pegi sambung gulung2 itu barang. Barang apa? Gulung B.A.J.U. masuk dalam beg laa...nak buat nasi terhimpit dlm plastik, sebagai bekal perjalanan esok hari. Orang kata makanan dalam Air Asia tak best eh....??

Okie dok...taaa!

Monday, 6 July 2009

Tresaith, Cardigan Bay

Hari tue kami pi picnic bertiga di Tresaith, Cardigan Bay lebih kurang 40 min perjalanan dari rumah. Jalan ke sini memang sangat kecil dan menyeramkan. First time rasanya kitorg jalan2 kat area Cardigan nie, area2 sini banyak pantai yg cantik2. Sebelum sampai di pantai, singgah dulu cuci2 mata di carboot yang tak jauh dari situ. Bila sampai kat tepi pantai nie, pheww...Subhanallah, pemandangan dari atas mmg cantik sangat, cuma ai aje yg tak reti2 nak 'tangkap' gambar cantik2 untuk meggambarkan betapa cantiknya tempat nie dari pandangan atas.


Sampai2 terus bukak bekal sbb laparrr!! Alia pun belum apa2 dah sibuk nak buat sand castle. Org memang ramai waktu nie, berjemur2 bakar kulit bawah matahari terik tue. Tapi kami cari port yg hujung sekali dekat bukit2 sebab nak redup. Agak2 sepanjang jalan dari hujung ke hujung tempat kami dok lepak2 nie, org dok pelik tgk kami pakai lengkap tutup atas bawah, padahal di sepanjang pantai tue org berseluar 'sotong' dan berbikini seksi meksi. Pedulikan mereka...
like father like doter???


lepas isi perut dan buat sand castle, kami berjalan ke hujung sebelah sana. Tinjau2 air terjun, nasib baik waktu nie tak emo lebih2, kalo tak dh terjun sama dlm laut...


duduk di sini, berfikir dan merenung, mencelup satu jemari, mengangkatnya kembali, nyata dalam sebanyak2 nikmat yang Dia beri, banyak lagi nikmat yg tertahan di sisiNya untuk satu sisi kehidupan yang lebih kekal abadi. Subhanallah 'adada ma halaqa min syai'...

Wednesday, 1 July 2009

Dah lama tak update blog.
Arini masuk blog sapu2 sawang dan lap debu2 yang dh tebal.
Bukan takde cerita, kalo diikutkan banyak juga perkara nak storimori.
Tp dipendekkan cerita, skrg nie saja nk minimakan masa depan screen ni.
Bukan apa, kadang2 tue rasa byk sgt masa habis depan screen.
Semalam cuti sekolah sebab INSET, so Alia n mama had so much fun together.
Cuaca pun mmg cantik. Panas pun boleh tahan!
Makan2 ice cream atas trampoline sambil duduk berlunjur berdua dan gelak2.
Sidai baju, siram pokok, cari cacing & slug sama-sama di backyard.
Had a nice walk in Lampeter, main di playground dan cuci kereta papa kat situ.
Owh...indah!



Papa gi London dh 2 hari.
Terasa sunyi pulak takde papa.
We miss u papa ;(
Alahai, rasa mcm lama je nak tunggu Sabtu.
Owh...tak indah!


Tadi nak hantar Alia ke sekolah, kereta pulak buat hal.
Picit punya picit tak terbukak pulak pintu kereta tue.
Haii...kete nie kan, kalo tuan besar dia takde sokmo2 buat hal. Dugaan betul la.
Patutnya dia kene behave la kan, sebab semalam org dh tolong bersihkan dia.
Then, sudahnya tadi Alia tak dapat ke sekolah.
Kesian pulak dia, nangis teresak2 sebab tak dapat pegi skola.
owh...sgt tak indah!
(anyway, thanks to kak arena n abg man tumpangkan kitorg ptg tadik.)

Tuesday, 16 June 2009

Summer Picnic 2009 @ Pembrey Park


Panas...panas...panas...
Musim2 panas nie wargalampeter tak lepaskan peluang untuk berpicninc bersama. Kali nie kami berkonvoi ramai2 dengan kereta ke Pembrey Country Park. Pada mulanya mama tak dapat join konvoi nie sebab ada shift petang, tapi dah rezki nak pergi, shift tue dibatalkan sebab hanya ada seorang client yang visit. Di jadualkan bertolak pukul 10 pagi, tapi bila dah ramai2 nie tahu2 ajer lah, campur tolak dengan berenti kenc~~ng, shopping dan gitu gini segala, dah dekat pukul 1230 baru sampai di sana. Alhamdulillah, cuaca sangat elok dan sangat sesuay utk berpicnic.

Mula2 sekali sampai pilih tempat yang sesuai. Ingat lagi tahun lepas, picnic di tepi pantai, habis semua makanan masuk pasir sebab angin tepi pantai agak kuat dan mood berpicnic pun terbantut. Berbeza dengan mat2 saleh yg mmg suka pilih tempat panas untuk berjemur, kami pilih tempat2 redup untuk berteduh, sebab takde sesapa nak tanning...heheh.


Barbeque mesti ada...tapi dalam pada tue mmg kene hati2 spya x mkn daging byk sangat, darah naik ooo....

masanya untuk kaum2 ibu berehat dari tugasan rumah yg tak pernah selesai.


dan masa untuk kanak2 bermain dengan galaknya...:)

Alia snap gambar nie..ape2 aje lah!

Dalam pada rehlah, pengisian tetap ada. USRAH time!!! Baru lah balance dunia akhirat yer dak...

peserta pertandingan sumo! ups...ampun!

bergambar beramai2 untuk salam perantauan raya nanti...tapi x cukup korum la sebab kak bib takde...

a happy family


siap2 kemas semua, pergi tepi pantai pulak. Alia dah siap bawa bucket & spade untuk buat sand castle, seronok gamaknya anak mama nie sampai tak nak balik. Yang besar2 pun bawa bucket juga untuk kutip kerang...

jumpa jellyfish yang tersadai di pantai...


asyik mengutip kerang. Kerang kat sini putih isinya macam lala, tapi rasa pasir tue sangat obvious walaupun dah rendam air laut dan basuh berkali2 lepas di rebus.


Kenangan berdua di tepi pantai Pembrey. Alhamdulillah, dapat juga merasa hangatnya summer 2009 dengan jiwa yang bahagia. Rasanya inilah sahaja aktiviti kami untuk summer 2009, nnti balik semula ke UK dah masuk autumn dan musim2 sejuk pun menjengah kembali...

Tuesday, 9 June 2009

Contemplate and be thankful

Remember the favors of Allah upon you and how they surround you from above and below-indeed from every direction.

" And if you would count the graces of Allah, never could you be able to count them"-Quran 14: 34
Health, safety, nourishment, clothing, air and water-these all point to the world being yours, yet you do not realize it. You possess all that life has to offer, yet remain ignorant.

" He has completed and perfected His Graces upon you, apparent and hidden" -Quran 31:20

You have your disposal two eyes, a tounge, lips, two hands and two legs.

" Then which of the blessings of your Lord will you both (jins and men) deny"-Quran 55:13

Can you picture yourself walking without feet? Should you take it lightly that you slumber soundly while misery hinders the sleep of many? Should you forget that you fill yourself with both delicious dishes and cool water while the pleasure of good food and drink is impossible for some, due to sickness and disease?

Consider the faculties of hearing and seeing with which you have been endowed. Look at your healthy skin and be grateful that you have been saved from diseases that attack it. Reflect on your power of reasoning and remember those that suffer from mental ailments.

Alexandria, Egypt

Would you sell your ability to hear and see for the weight of Mount Uhud in gold, or your ability to speak with huge castles? You have been given abundant favors, yet you feign ignorance. Notwithstanding warm bread, cool water, easy sleep, and good health, you remain despondent and depressed. You think about what you do not have and are ungrateful for what you have been given. You are troubled by a loss in wealth, yet you have the key to happiness and many blessings.

Contemplate and be thankful.

Friday, 5 June 2009

Tulip di backyard

Tulip yang disemai di laman belakang rumah, merah dan kuning kelopaknya. Alkisahnya, tulip bulbs nie dibeli di B & Q kira2 bulan Disember yang lepas pada harga reduce iaitu 50pence sebungkus, jadi mama beli 2 bungkus. Lepas beli ingat nak terus tanam, tapi suhu waktu tue masih sejuk, terketar2 tangan kalo nak korek lubang untuk semai bulb. Sudahnya, 2 bungkus bulbs nie tersimpan dalam boiler room [iye...boiler room..heh].

Dah akhir Februari, papa keluarkan semula bulbs nie dan asyik bertanya bila mama nak semai sebab semua bulbs dah bertunas. Disebabkan mama asyik kata nanti dulu sebab tak tahan sejuk, last2 papa semai sebungkus. Sebungkus lagi mama semaikan kemudiannya di batas tepi pagar. Waktu tue, tulip di taman (gmbr di entry bwh) dh tinggi, tulip kak bib & kak iza pun dh naik elok, tulip I baru semai...heheh. Rasa dh totally out of season. Tapi takpe lah, masa semai tue baca bismillah byk2 sambil puh..puh..kiri kanan, dan yakin bahawa Dia yg Maha Menghidupkan.


Mama pindahkan tulip di tepi batas tue ke tempat tulip yg disemai papa. Ajaibnya, tulip mama berbunga dulu daripada yg ditanam papa. Mama baca doa byk sket :)


Mama ada assistant yang sangat rajin membantu di garden. Tugas utamanya ialah siram bunga tiap pagi dan petang yg dia sangat suka melakukannya. Lepas habis siram tue dia akan kata kat bunga2..." ok...sekarang semua dah minum ker...?"

syukur...tulip naik elok & cantik...walaupun tak sama ketinggiannya.

Amvoii...gembiranya!

dandelion...